Thursday, March 25, 2010

Laut Aral- Bencana Alam Sekitar yang Dahsyat


Apabila ditanya tentang Laut Aral, mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar tentang laut ini apatah lagi untuk mengambil tahu tentangnya. Kalau ada pun hanya sekadar mengetahui kedudukannya yang terletak berhampiran Laut Kaspia di Asia Tengah tanpa mengetahui keadaan sebenar yang berlaku terhadap laut ini. Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2. Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu. Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.


Laut ini yang sebenarnya merupakan sebuah tasik diairi oleh dua batang sungai yang menjadi sumber airnya sejak sekian lama iaitu sungai Amu Darya di sebelah selatan dan sungai Syr Darya di sebelah Timur Laut. Pada tahun 1918, kerajaan Kesatuan Soviet telah memutuskan untuk mengalihkan aliran kedua-dua batang sungai untuk mengairi kawasan gurun berhampiran dalam percubaan untuk mewujudkan pertanian kapas atau ‘emas putih‘ supaya dapat menjadi pengeksport utama tanaman ini di dunia. Mereka berjaya dalam projek mereka ini apabila Uzbekistan yang dahulunya berada dalam Kesatuan Soviet merupakan pengeksport utama kapas pada masa ini namun kejayaan mereka ini telah menyebabkan bencana yang sangat dahsyat terhadap alam sekitar khususnya terhadap Laut Aral.

Projek besar-besaran yang menukarkan gurun yang gersang kepada ladang kapas yang amat besar keluasannya dilaksananakan dengan membina terusan-terusan berskala besar bermula pada tahun 1940-an. Kebanyakan terusan tidak dibina dengan baik menyebabkan air bocor atau tersejat dengan banyak. Keadaan ini menyebabkan paras air Laut Aral menurun dengan mendadak. Dari tahun 1960 sehingga tahun 1998, keluasannya telah menurun sebanyak 60% manakala isipadunya telah berkurangan hampir 80%. Pada tahun 1987, Laut Aral telah mengering dan terpisah kepada dua iaitu Laut Aral Utara di bahagian Kazakhstan manakala Laut Aral Selatan di bahagian Uzbekistan. Paras kandungan garam Laut Aral telah meningkat dengan mendadak iaitu 100g/L (sebagai perbandingan paras kandungan air laut biasa ialah 35g/L manakala paras kandungan garam di Laut Mati adalah 300 hingga 350g/L). Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan flora dan fauna yang pernah menghuni dasar tasik ini mati. Industri perikanan yang suatu ketika dahulu rancak dengan kegiatan nelayan menurunkan hasil-hasilnya di jeti-jeti sudahpun hilang. Bandar-bandar pesisiran pantai Laut Aral semakin sepi dengan penghijrahan penghuni-penghuninya ke tempat lain. Dasar Laut Aral menjadi kubur besar-besaran kapal-kapal yang pernah belayar di tasik ini. Iklim sekitar kawasan tasik ini berubah dan ramai penduduknya ditimpa penyakit.

Dalam usaha untuk mengelakkan air Laut Aral dari terus mengering, kerajaan Kazakhstan telah membina empangan Kokaral bagi membendung air dari Laut Aral Utara melimpah ke sebelah selatan. Pembinaan empangan ini yang siap pada Ogos 2005 berhasil apabila paras air di sebelah utara meningkat dan industri perikanan hidup semula. Namun keadaan sebaliknya berlaku di sebelah selatan apabila paras air di Laut Aral Selatan semakin menurun dan nasibnya tidak diketahui apabila negara Uzbekistan tidak berminat untuk memulihkan tasik tersebut.


Perubahan keluasan Laut Aral dari tahun 1964 hingga 2002

Pemandangan Laut Aral dari satelit pada Ogos 2009

'Kubur' kapal

Bekas pelabuhan di bandar Aral, Kazakhstan. Suatu ketika dahulu kegiatan ekonomi di sini amat rancak dengan kegiatan perikanan namun kini semua itu menjadi kenangan.

Untuk memahami betapa dahsyatnya bencana ini perhatikan tiga titik hitam di sebelah kanan gambar. Ketiga-tiga titik hitam tersebut sebenarnya adalah tiga ekor lembu yang berkeliaran di kawasan yang dahulunya adalah dasar Laut Aral.

Laut Aral Utara sebelum (atas) dan selepas (bawah) pembinaan empangan Kokaral. Pembinaan empangan ini telah berjaya menyelamatkan Laut Aral Utara dari terus menghilang.

Firman Allah yang bermaksud, Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali.” (maksud dari Surah AR-Ruum ayat 41).

al-mashoori- Sungguh dahsyat bencana ini. Manusia bukan sahaja boleh mencemarkan laut tetapi boleh mengeringkannya sekali...

2 comments:

  1. dahsyat sekali....moga laut aral berjaya diselamatkan..apa yang membimbangkan..ekosistem di sekitar yang berubah..kesian penduduk di situ

    ReplyDelete
  2. SayaPoker.com | Agen Judi Poker dan Domino Online Terpercaya Indonesia

    Kami Agen Judi Poker Online Indonesia - SayaPoker.com mengadakan Kontes SEO yang akan
    di mulai pada tanggal 15 Maret 2014 sampai dengan 31 Mei 2014 ,
    dengan Total Hadiah Rp 30.000.000,-

    Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes SEO ini.
    Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mencoba kemampuan SEO Anda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 30.000.000,- Tunggu apa lagi?


    Kontes SEO SayaPoker.com ini akan menggunakan kata kunci (Keyword):

    "SayaPoker.com Agen Judi Poker dan Domino Online Terpercaya Indonesia"

    Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, daftarkan web
    terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama
    Rp 10.000.000. Pemenang Akan ditentu-kan dengan aturan kontes SEO
    yang dapat dilihat di halaman berikut :

    http://itulink.com/iframer4.php?page=KontesSeoSayaPoker

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga.

    ReplyDelete